welcome


::: My Birthday :::

Lilypie Kids Birthday tickers

jgn lupa klik my hb *_^

klik2

Thursday, July 15, 2010

::: DuRiAN :::



JUST NAK SHARE INFO PASAL DURIAN


Buah durian mengandungi 100 g salut biji yang mengandungi 67 g air, 28.3 g karbohidrat, 2.5 g lemak, 2.5 g protein, 1.4 g serat; serta memiliki nilai energi sebesar 520 kJ. Durian juga banyak mengandungi vitamin B1, vitamin B2, dan vitamin C; serta kalium, kalsium dan fosfor.


Kegunaan lain buah durian:


1. Buah Durian dapat diolah menjadi berbagai jenis makanan seperti ;dodol, bubur kacang, lempuk dll
2. Di samping buahnya, biji durian juga boleh dimakan dengan di bakar atau di rebus, boleh juga dijadikan kerepek.
3. Kulit durian juga boleh digunakan sebagai alat penghalau nyamuk, boleh di letakkan di sudut ruangan
4. masih banyak lagi manfaatnya, sila share di sini.


Tips memilih durian


1. Perhatikan bahagian kulit durian (jangan sampai ada lubang)
2. Durian yang baik biasanya baunya tercium tajam jika kita menciumnya di kulit durian, Namun perlu hati-hati karena ada beberapa penjual durian yang sengaja menyiramkan air bekas durian di permukaan durian.
3. Cuba pukul kulit durian dengan pisau (berbunyi Bluk, Bluk, Bluk)
4. Perhatikan hujung tangkai durian: apabila hujung tangkai terlihat seperti torehan pisau, bererti kemungkinan besar durian dipetik pada sebelum matang. Juga jika tangkainya sudah kecut berkemungkinan durian tersebut sudah lama gugur.
5. Pilihlah durian yang durinya jarang dan agak besar.


Tip mengelakkan badan panas selepas makan durian.


Letak air di bahagian lekukan durian dan minum.


Tips menghilangkan bau durian di tangan setelah memakannya


1. ambil kulit durian, isi dengan air di bagian lekukannya
2. cucilah tangan anda di lekukan tersebut


SELAMAT MENCUBA (",)


source : isuhangat.net

No comments:

Post a Comment