kali ni join pertandingan.. bkn contest...hehe
penganjurnya yg kata begitu ye...hehe
nak join, klik sini
firstly, apa itu kitar semula??
kitar semula merujuk kepada mengguna semula ataupn memperbaharui kembali barang2 terpakai dan terbuang lalu dijadikan sbg bahan mentah seperti kertas, botol kaca, botol plastik dan tin aluminium.
pendek kata, kita olah smula barangan itu, dan jadikan sebagai barangan baru... (^_^)
kebaikan kitar semula..
@ mengurangkan bahan buangan
@ mengurangkan bekalan bahan mentah baru
@ mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau
@ mengurangkan penggunaan tenaga
@ mengurangkan pencemaran udara
@ mengurangkan pencemaran air dari tempat pelupusan sampah
bahan yg boleh dikitar semula
@ kaca
@ plastik
@ kertas
@ tekstil
@ komponen elektronik tertentu
pendapat sy :
amalan kitar semula patut diterapkan dikalangan rakyat malysia umumnya kerana tindakan ini bukan sahaja akan menjimatkan dan mengurangkan pembaziran malah ia juga akan menyelamatkan alam sekitar daripada terus tercemar dengan tindakan manusia sendiri yang rakus mengejar kemajuan duniawi tanpa menitikberatkan aspek alam sekitar.
program sedia ada yg dilaksanakan oleh kerajaan haruslah di sokong dan dijadikan sebagai amalan. program sebegini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan kepentingan mengitar semula bahan buangan. sebagai contoh, kertas. dianggarkan manusia menggunakan hampir berpuluh-puluh juta million helai kertas dalam kehidupan seharian samada dia institusi pengajian, pejabat ataupun sekolah.bayangkan jika berpuluh juta million kertas dikitar semula, ia dapat menyelamatkan hampir 75,000 juta batang pokok balak di Brazil dan Filipina. ini sekaligus dapat menjimatkan kos penebangan pokok balak dan mengimbangi ekosistem bumi.
oleh sebab itu, pihak berkuasa perlu memperbanyakkan lagi tong2 kitar semula di segenap kawasan dan tidak hanya tertumpu di kawasan sekolah atau bandar sahaja. kawasan kampung juga perlu diterokai agar dapat mengajar dan mendidik org ramai untuk menyayangi alam sekitar dan mengelakkan pembuangan sampah secara berleluasa. tambahan pula, tong2 kitar semula ini telah diasingkan mengikut kategori masing2 seperti botol kaca, kertas, plastik dan tin aluminium. oleh itu, tidak menjadi masalah untuk mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap alam sekitar.
untuk menjadikan amalan kitar semula ini lebih berkesan, media massa dan media elektronik juga perlu memainkan peranan utk menjayakan program ini.. hasilkan idea yg menarik dan gunakan kreativiti yg unik utk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan dan faedah kitar semula terhadap alam sekitar.
akhir sekali, kita sendiri perlu memainkan peranan utk menjayakan program kitar semula ini. jika pemikiran kita masih d takuk lama dan masih belum peka tentang pentingnya menjaga alam sekitar, sia2 saja usaha2 giat yg telah dijalankan oleh kerajaan dan pihak media. sayangilah alam sekitar sebagaimana kita menyayangi diri sendiri.
sekian saja.. (^_*)
sanggupkah kita tggalkan warisan sebegini utk anak cucu kita??
marilah sama2 mnjaga kebersihan alam sekitar.. amalkan kitar semula :)
Lindungi bumi dari terus tercemar
terima kasih turut serta dalam pertandingan saya. semoga berjaya ya :)
ReplyDeletesama2 :)
ReplyDelete